Friday, June 17, 2016

Stok baru set bekam, RM55 jer COD

Assalamualaikum, Dah lama sy tak update blog. Cita-cita nak buka pusat bekam 'direhatkan' buat sementara, dek kerana kesibukan kerja seharian.

Namun, jika ada yang nak berbekam, boleh jer buat temujanji di rumah. Posting ni, sekadar nak update stok baru alat bekam dah sampai. Kepada yang berminat nak beli alat bekam, boleh wassap sy 0194575309 (Hj Azam) atau 0194407875 (Ustazah Rusliza).

Harga dah turun jadi RM55, untuk pos tambah lagi RM5. Itu jer untuk malam ni...Selamat berpuasa n beribadat.



Monday, August 13, 2012

Mencari Lokasi Klinik Bekam Yang Sesuai

Salam semua...

Saya masih dalam pencarian untuk membuka sebuah pusat bekam di sekitar kawasan Gong Badak atau mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar Kuala Terengganu/Kuala Nerus. Pilihan yang ada terlalu mahal mencecah RM2500...

Harga kedai di sini yang agak boleh tahan, menyebabkan ramai ushawan sekadar menyewa rumah untuk dibuat kedai. Saya juga sedang memikir-mikir untuk menggunakan strategi tersebut jika perlu...Muga Ramadan ini membuka pintu barokah kepada kita semua dan muga harapan saya untuk membuka pusat rawatan bekam ini termakbul ameeen....

Sunday, July 15, 2012

Set Alat Bekam, RM85 Sahaja


Salam semua,

Alhamdulillah sejak 2 bulan lepas, dah ramai yang mula berbekam di sekitar Gong Badak ini yang kebanyakannya adalah rakan sekerja. Gembira juga melihat kesan positif yang dialami oleh para pesakit baru saya. Ada yang betul-betul sakit dan ada juga yang sekadar ingin mencuba.

Semangat untuk berbekam sebenarnya masih membara biarpun kedai yang dicita-cita masih belum terbina. Saya harap tahun 2012 ini dapat mencetus keberanian untuk saya mengorak langkah membuka sebuah pusat rawatan bekam di sini, Insyallah. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan alat bekam, anda boleh terus menghubungi saya di talian 0194575309. Saya mempunyai 12 kotak set bekam (dengan 12 set cawan) yang berkualiti untuk dijual dengan harga RM85 (termasuk pos) di Semenanjung dan RM90 (Sabah/Sarawak) 
 

Monday, June 25, 2012

Peminat Bekam Di Batu Rakit Bertambah

Salam Semua...

Buat sebulan-dua ini, saya banyak menerima pertanyaan berhubung rawatan bekam terutamanya daripada rakan sepejabat. Ramai juga yang dah booking slot mengikut tarikh terbaik yang dianjurkan berbekam mengikut kalender Islam. Alhamdulillah, sejak seorang rakan saya yang berpenyakit gout selamat dibekam dan merasai perbezaannya, nama saya mulai meniti di bibir rakan sepejabat sebagai doktor bekam. 

Buat masa ini, saya masih belum menumpukan khidmat bekam secara tetap. hanya sekadar berusaha sambil membantu rakan-rakan yang ditimpa masalah kesihatan. Namun, cita-cita masih belum pudar untuk menghidupkan amalan berbekam ini di sekitar kawasan Batu rakit hingga ke Gong Badak...doakan saya Ameen.

Saturday, March 17, 2012

Rawatan Bekam

Larangan Bekam :

1. Tidak dianjurkan melakukan bekam darah kepada penderita diabetes kecuali juru bekam yang sangat berpengalaman.
2. Jangan dibekam orang yang sangat lemah fizikalnya.
3. Jangan dibekam orang yang menderita penyakit kulit merata atau alergi.
4. Jangan dibekam orang tua yang uzur atau anak-anak di bawah umur 3 tahun.
5. Penderita serius seperti leukimia, jantung, hepatitis, hemofilia, malignant anemia, trombositopenia dan penyakit lainnya yang parah tidak dianjurkan dibekam kecuali oleh juru bekam sangat berpengalaman.
7. Jangan membekam ketika pesakit yang kekenyangan, kehausan, kelaparan, kelelahan, tubuh lemah atau tekanan darah rendah.
8. Jangan dibekam wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama (trimester awal).
9. Jangan dibekam wanita yang sedang haidh atau nifas.
10. Jangan dibekam langsung pada daerah yang luka .
11. Elakkan bekam sekurang-kurangnya dua jam setelah makan. Setelah bekam juga jangan terus makan, melainkan hanya minum yang manis-manis semisal madu atau selainnya
12. Jangan terus berbekam langsung setelah mandi, terutama setelah mandi dengan air dingin. Tidak dianjurkan langsung mandi setelah bekam, melainkan setelah 2 jam.
13. Dilarang membekam di kawasan berikut :
a) Lubang alamiah tubuh : mata, hidung, telinga, mulut, kemaluan, puting susu.
b) Kawasan sistem nodus limfa yang berfungsi sebagai penghasil antibodi.
c) Kawasan yang dekat dengan pembuluh besar.

Perkhidmatan Bekam Rumah Sendiri

Salam Semua...


Sejak sampai di Kuala Terengganu ni, ambe dah banyak kurangkan aktiviti berbekam. Mungkin dek kerana sibuk dengan kerja dan mungkin juga sebab lebih banyak menghadiri kuliah maghrib di masjid UNiSZA. Namun kepada sesiapa yang terasa teringin nak berbekam di sekitar kawasan Gong Badak/Padang Nenas ni, bolehlah menelefon ambe pada no di sebelah. Jika ada kelapangan kita boleh buat appointment, samada di rumah tuan-tuan atau di Padang Nenas. Kosnya jangan dikhuatirkan, ambe bukan lagi mencari makan dengan berbekam! Sekadar menawarkan khidmat rawatan...(ambe sgt bercita-cita untuk membuka sebuat pusat rawatan bekam di hadapan masjid UNiSZA, muga dimakbulkan InsyaAllah)


Sekain dahulu terima kasih...wasaalam.

Saturday, March 12, 2011

Jika Inginkan Set Bekam


Salam Semua,

Jika anda ingin membeli set bekam berkualiti, kebiasaannya ia dijual di kedai yang menjual peralatan salun dan spa. Adakalanya set bekam yang lebih murah dijual di pasar malam atau pasar tani. harganya agak murah, namun besar kemungkinan pam vakum yang disediakan adalah jenis yang agak mudah rosak. Kualiti alat bekam bergantung kepada jenis pam dan bilangan cup, pilihan di tangan anda. Pen bekam dan lancet pula mudah didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan. Anda juga boleh membeli alcohol swab di sana. Secara mudahnya, peralatan bekam bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dicari.

Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, sila lawati blog Ustaz Ahmad di sini, dengan harga sekadar RM150 termasuk wang pos. Ustaz Ahmad seorang yang aktif menjalankan rawatan perubatan Islam di sekitar Lembah Klang dan tidak lokek berkongsi ilmu di ruang maya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada guru saya. Selamat maju jaya buat Ustaz...wassalam.